MB Negeri Sembilan, Keluarlah Dari Kepompong

Salam 1Malaysia,

Tujuan menulis artikel ini dengan harapan agar dapat perhatian daripada kepimpinan atasan Kerajaan BN dan parti UMNO mengenai tingkah laku Menteri Besar Negeri Sembilan yang ada sekarang.

Sejak hilang majoriti 2/3 dalam PRU ke 12 tempoh hari, DS Mohammad kelihatannya takut sangat nak keluar daripada kawasan selamatnya - Parlimen Rembau dan DUN Rantau. Orang di Negeri Sembilan boleh tengok, adalah sekali imbas kelibat DS Mohamad kelihatan di kawasan luar daripada kawasan Parlimen Rembau dan Seremban (itupun dikawasan bandar saja). Oleh itu banyak permasalahan rakyat dikawasan luar Parlimen Rembau yang tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada yang bergelar Menteri Besar.

DS Mohammad walaupun berstatus sebagai ketua kerajaan Negeri Sembilan, beliau lebih banyak dilihat merendahkan statusnya dengan menjadi 'pengiring' kepada MP Rembau, Khairy Jamaludin setiap kali KJ turun ke kawasan untuk menghadiri aktiviti masyarakat seperti kenduri kahwin, kebanyakkannya kenduri kawin la. Kita tak nampak pulak kehadiran DS Mohammad bila Datuk Lilah (MP Jempol) dan DS Rais Yatim (MP Jelebu) turun kawasan menghadiri program rakyat. Tertanya-tanya juga tu.

Bukan rahsia lagi DS Mohammad memberi lebih prioriti kepada kawasan Sendayan yang dicanang menjadi mercu tanda kejayaannya menyelesaikan 'masalah Negeri Sembilan' peninggalan TS Isa. Sehinggakan, perasmian balai raya dan mesyuarat penduduk di Felda Sendayan dan Bandar Sri Sendayan pun akan dirasmikan oleh Menteri Besar, macam takde kerja lain. Malah program Hari Bumi Sedunia peringkat Negeri pun diadakan di Sendayan juga. Di kawasan lain pun banyak juga aktiviti masyarakat yang dijalankan tapi tidak pula mendapat perhatian Menteri Besar, kenapa ya? Sendayan hanya satu daripada banyak kawasan dalam Negeri Sembilan tapi nampaknya DS Mohammad lebih senang berlegar-legar disekitar kawasan itu sahaja daripada memperkasakan UMNO/BN di kawasan yang dikuasai pembangkang. Perlu diingat, walaupun masalah Felda Sendayan berlanjutan pada pilihanraya 1999 dan 2004, UMNO masih menang di kawasan tersebut.

Adalah lebih baik DS Mohammad meluangkan lebih banyak masa dikawasan-kawasan seperti Ampangan, Paroi, Senawang dan Sikamat yang majoriti orang melayu tapi dikuasai pakatan pembangkang. Rasanya, kawasan-kawasan dalam Parlimen Teluk Kemang yang menyumbang sebahagian dari kerusi pembangkang di Negeri Sembilan, boleh ditangani dengan mudah oleh ADUN Bagan Pinang, TS Isa Samad. TS Isa atas kapasiti sebagai Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang nampaknya memainkan peranan sebagai ahli Parlimen di kawasan tersebut demi menarik semula sokongan rakyat pelbagai kaum untuk kembali menyokong BN sedangkan DS Mohammad yang berperanan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak pulak begitu.

Peranan TS Isa Samad walaupun hanya sebagai ADUN Bagan Pinang, lebih menyerlah daripada DS Mohamad dimana beliau memberi khidmat sehingga kepada masyarakat di DUN Lukut dan Port Dickson yang dkuasai pembangkang. Malah dalam beberapa minggu lepas, dikhabarkan TS Isa menghadiri mesyuarat penduduk di DUN Sikamat!! Begitu juga dengan peranan bekas ADUN Lenggeng, Dato Ishak (Ketua UMNO Bahagian Seremban)yang membantu sedikit sebanyak penduduk kawasan Taman Sri Telawi yang dilanda banjir kilat dari kawasan pembinaan lebuhraya LEKAS berhampiran setiap kali hujan lebat menimpa kawasan tersebut.

Nampaknya ketua-ketua bahagian UMNO dikawasan-kawasan selain bahagian Rembau terpaksa mengisi kekosongan yang ditinggalkan DS Mohammad yang tumpuannya lebih terarah kepada membelai dan memanjakan penduduk Felda Sendayan. Malah dalam edisi January 2010 Suara Negeri, hampir kesemua ruang diisi dengan cerita mengenai kisah penduduk Sendayan yang tidak sudah-sudah sementara banyak kisah lain di kawasan dalam Negeri Sembilan yang tidak mendapat liputan.

Sebagai penduduk dan pengundi di Negeri Sembilan, kami memang terharu dengan kecanggihan dan kemajuan yang bakal diperolehi penduduk Sendayan dan Bandar Sri Sendayan. Ambil satu contoh, lampu isyarat. Dalam jarak 100 meter, ada 3 lampu isyarat untuk kemudahan penduduk Bandar Sri Sendayan keluar dari kawasan tersebut masuk ke jalan besar KLIA-Seremban, setiap lampu isyarat ini pula dilengkapi dengan sensor yang sangat sensitif sehingga jika ada kenderaan yang mahu keluar dari kawasan tersebut, mereka tidak perlu menunggu lebih dari 3 saat nescaya lampu isyarat akan bertukar hijau!!! Yang susahnya ialah pemandu yang menggunakan jalan tersebut untuk ke KLIA, sekejap-sekejap dah nak kena tekan brek. Di dalam banyak kawasan di Negeri Sembilan, jika terjauh sedikit dari garisan putih pun belum tentu sensor akan mengesan kereta yang berada di atasnya, itupun kalau ada sensor. Itu tak kira lagi penduduk Bandar Sri Sendayan yang beraja di mata bertahta di hati keluar masuk persimpangan tanpa memakai topi keledar atau mematuhi lampu isyarat, termasuk pak Imam!! Ketua Kampung, Hj Yusof, jarangla kot pasal dia tak naik motor, pakai kancil ke sana ke mari dengan handphone baru sebagai ahli Majlis MPN, kereta mewah, parking dirumah, pakai bila perlu sahaja.

Kelihatannya, DS Mohamad Hassan sedang berusaha menyelamatkan kedudukkannya di kawasan DUN Rantau yang sedang diwakilinya. Pendek kata kalau kerajaan Negeri Sembilan ini tumbang ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum yang akan datang pun, DS Mohammad tak akan peduli kerana yang penting dia selamat di DUN Rantau.

Kami harap mendapat perhatian dan tindakan lanjut oleh kepimpinan tertinggi negara.

Terima kasih

(Oleh: adamyan)


0 comments:

Semua butiran yang disiar dalam blog ini tidak menggambarkan pendirian Umno Cawangan Taman Bukit Kepayang kecuali yang dinyatakan. Pengendali tidak akan bertanggungjawab ke atas isu isu berbangkit.